Wednesday, 11 September 2013

PEMIMPIN YANG BAIK

Pemimpin adalah seseorang individu yang telah dilantik untuk menjalankan amanah atau tanggungjawab yang diserahkan kepada beliau. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Rakyat didahulukan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

Akhir-akhir ini, terdapat pemimpin yang mementingkan kebendaan, wang dan tidak memperdulikan rakyat. Akibatnya rakyat mula memberontak, hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka. Janji-janji yang ditaburkan ibarat mencurah air ke daun keladi. Semuanya dusta belaka. Adakah ini pemimpin yang kita mahu. Amalan diktatorship, tidak mahu mendengar pandangan semua pihak adalah perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. 

Jika ditujuk kepada laman sesawang Forbes, Top 10 Qualities That Make A Great Leader, menggariskan 10 faktor yang menjurus kearah menjadi seseorang pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik, bagus dan pakar dalam strategik adalah individu yang paling disanjung. Kepintaran, kepantasan dalam menyelesaikan satu masalah membantu kredibiliti seseorang pemimpin dalam membentuk sahsiah ruap diri, integriti dan fleksibel dalam apa jua keadaan.

10 faktor yang digariskan adalah seperti berikut:

a. Honesty.
b. Ability to delegate.
c. Communication.
d. Sense of humour.
e. Confidence.
f. Commitment.
g. Positive Attitude.
h. Creativity.
i. Intuition.
j. Ability to inspire.

Kalau dihuraikan memang panjang, memadai untuk renungan semua. Jangan jadi pemimpin yang terlalu mementingkan diri dan tidak mengambil tahu hal serta masalah orang lain. Jadi fikir-fikirkanlah mana yang terbaik. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengambil tahu masalah rakyat, berintegriti, tidak pilih kasih, bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pendapat orang lain. 

Tuesday, 3 September 2013

A. SAMAD SAID LAYAK DILUCUT GELARAN SASTERAWAN!!!

 Kesian MyMassa tengok A. Samad Said. Satu sosok yang patutnya semakin matang di akhir usia. Sebaliknya akalnya makin pendek, mudah dibodohkan seperti kerbau dicucuk hidung.

Bila tengok kebodohan A. Samad Said bersama bendera puaka, terdetik dalam benak fikiran, mengapa perlu mengibarkan bendera itu lagi? Tidakkah A.Samad Said tahu bahawa negara ini bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau MALAYA tetapi sebuah negara bernama MALAYSIA hasil gabungan Semenanjung dan Sabah serta Sawarak.

Tindakan A.Samad Said dengan golongan anak muda yang tak habis belajar mengibarkan bendera yang kononnya bernama Sang Saka Malaya jelas menunjukkan satu penghinaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Jika benar Sang Saka Malaya merupakan bendera asal Malaysia yang perakui oleh Pakatan Rakyat, mengapa ianya tidak dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Kenapa kerajaan negeri Selangor masih mengibarkan Jalur Gemilang?
 
Lagi 14 hari lagi Malaysia akan menyambut HARI MALAYSIA sempena kemasukan Sabah dan Sarawak. MyMassa ingin tengok berani tak geng sasterawan dan anak muda buta sejarah ini mengibarkan bendera Sang Saka Malaya atau tidak. Kalau mereka benar-benar jantan, cuba kibarkan bendera merah putih tersebut di Sabah atau Sarawak.

*Kesian Pak Samad. Umur dah 78 tahun. Baru sekarang nak perjuangkan bendera puakanya. Kalau dia di pihak yang benar, kenapa tak perjuangkan puluhan tahun yang lepas, kenapa baru sekarang?


SUMBER: MYMASSA

Sunday, 1 September 2013

BLOGGER MACAI PEMBANGKANG LEBIH EMOSI DARI FAKTA


Sebelum PRU13 (iaitu semenjak tahun 1998 lagi) pemimpin-pemimpin politik dan penyokong parti politik BN, PAS, DAP dan PKR yang kemudiannya menjadi PR dan blogger-blogger politik giat menggunakan laman blog, media sosial, Facebook, Youtube dll bahan melalui Internet dan IT untuk menyuarakan dan menyampaikan pendapat, pandangan, sokongan, kemarahan, sindiran atau bantahban masing-masing. 

Ada yang menyentuh isu-isu yang sensitif seperti isu bangsa, kaum dan bahasa, isu agama dan budaya, isu pentadbiran dan pengurusan Kerjaaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, isu jenayah, rasuah, kebabasan, hak asasi manusia, sistem keadilan undang-undang (justice system), isu pendatang haram dll lagi. 

Ada mereka yang menulis dan memberi pendapat,pandangan dan komen mengikut fakta yang betul. Ada yang memberi komen secara “constructive critism” atau memberi pandangan dan komen untuk membena masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik, maju dan berjaya. Tetapi ramai juga yang menulis dan memberi komen mengikut perasaan – perasaan marah dan benci terhadap seseorang, sesuatu kaum, bangsa dan agama. 

Ada yang membuat tuduhan liar dan menfitnah tanpa asas dan bukti seperti menuduh SPR, Kerajaan BN, Polis, SPRM dll jabatan dan agensi Kerajaan. Selepas PRU 13 maka saya percaya ramai bloggers dan penyokong-penyokong parti politik terutama penyokong DAP, PAS dan PKR dan penyokong BERSIH bahawa cara menfitnah, melontar tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan tidak berasas meletihkan dan membosankan dan membuang masa.

Maka sebab itulah, saya percaya “Blog Politik Malaysia Semakin Suram”. Walaubagaimana pun bloggers pro UMNO dan BN perlu meneruskan perjuangan parti melalui blog dan sosial media dengan menulis dan menyampaikan pendapat, pandangan dan cerita-cerita serta fakta yang boleh membantu dalam usaha “Membena Negara” atau “NATION BUILDING” sebagai rakyat dari sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka semenjak tahun 1957 – bebas dari pengaruh penjajahan – pandai dan bijak mentadbir dan mengurus negara tanpa penyewelengan dan RASUAH, Bersih, Cekap dan Beramanah. 

Merdeka! (7 kali), Bersekutu Bertambah Mutu! Satu Bangsa Satu Bahasa! Malaysia Boleh!

1Malaysia!

GAYUNG PERANG VAT69 BUAT ORANG RAMAI SEBAK

Anggota Komando VAT 69 yang bertugas di Lahat Datu turut menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASAHARI

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Suasana sebak menyelubungi Dataran Merdeka di sini hari ini ketika anggota pasukan komando polis dan tentera membuat persembahan termasuk dalam acara gayung perang war chant oleh VAT 69 pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56


Sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan pentas utama menempatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persembahan pasukan komando mendapat tepukan serta sorakan daripada ratusan ribu pengunjung yang hadir.


Sebak....

Mana tidaknya, semua pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam persembahan itu turut terlibat dalam Op Daulat semasa mempertahankan negara daripada penceroban pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lalu.

Insiden berdarah itu yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang menyayat hati semua hadirin termasuk Raja Permaisuri Agong lebih-lebih lagi apabila layar yang ada memaparkan wajah balu anggota yang terkorban.

Penghormatan juga diberi kepada kontinjen Op Daulat yang hadir seramai 400 angota pelbagai pangkat terdiri daripada 250 dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 50 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 100 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewakili 8,000 anggota yang terlibat.

Malah, sambutan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya mempamerkan aset keselamatan terbanyak iaitu hampir 300 membabitkan milik ATM, PDRM, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Penjara.



POLIS SEDIA SIASAT INDIVIDU KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA

alt
Dah terang lagi bersuluh..... tangkap aje Hishamudin PSYCHO Rais nih...


HULU KELANG, 2 Sept - Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka 
Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

"Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.



Beliau menegaskan,  soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara.

Katanya, tindakan sedemikian tidak sewajarnya berlaku apatah lagi menggantikan Jalur Gemilang dengan bendera lain.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

Beliau mengulas tindakan beberapa penyokong pembangkang yang bertindak mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' di Dataran Merdera pada malam 30 Ogos lalu.

Hishammuddin Rais yang mengetuai perhimpunan itu berkata, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.

Friday, 30 August 2013

AMERIKA SYARIKAT SALURKAN DANA BERJUTA-JUTA DOLAR KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA LAPOR RUSSIA TODAY


Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar yang kini menetap di Kuala Lumpur)
Transliterasi oleh : UKT Pena Minang
Dipetik dari : Russia Today


Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.

Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah perlindungan. Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau (Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengerusi Foundation for Future yang berpusat di Washington yang mana yayasan ini ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney, anak kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Anwar menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama majoriti Muslim di Malaysia ekoran tindakan beliau yang menyokong dasar untuk melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan Wall Street Journal - berbeza sama sekali dengan pendirian pemerintah 'untuk menyokong Palestin. Kelayakan unik Anwar dan hubungan rapat dengan pertubuhan politik dan kewangan Amerika Syarikat tidak dinafikan bahawa dia adalah pilihan Washington

Washington selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi jalanan anti-kerajaan. 

Di satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel, manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik' sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.

Pada sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat.

National Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di luar negara. NED menyediakan lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi membiayai pelbagai projek di Malaysia setiap tahun. NED telah kerap dikritik kerana campurtangan mereka secara terang-terangan dalam program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus dari tokoh politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.

Di samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang, Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara. 

Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan ... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik ... IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI. 

Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka". 

IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.

NED mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat. Kebanyakkan pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil, undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.

Menurut laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan ." Bermula dari tahun 2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih', sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan. 

Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan perhimpunan Bersih.

Menurut Aziz, Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya. 

Aziz juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin Bersih tahu ataupun tidak. 

Tetapi Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi' Anwar." Aziz walaubagaimanapun menolak pembiayaan luar negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah. "Organisasi tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.

Jika dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini, mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi' bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED agak kabur. 

Mereka berdiri diatas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia. Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi, kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar tindakan afirmatif berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti Muslim. 

Pakatan pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walaubagaimanapun tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat Amerik Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?

Kita jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis kewangan global 2008.

Pertukaran kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang 'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'. 

Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7 peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak sebagai rezab.

Malaysia adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun 2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya. 

Di bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil, manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin pertumbuhan berterusan. 

Perbincangan dikalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan. Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di rantau ini.

[Makluman : Kami akui terdapat kelemahan dalam proses penterjemahan semula. Namun kami sedaya upaya untuk mengekalkan maksud asal penulis. Segala kekurangan dan kelemahan kami dahului dengan memohon maaf.]


GEMPAR!! SENARAI 49 KONGSI GELAP DAN LOKASI MEREKA



PUTRAJAYA, 29 OGOS 2013 : Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Senarai 49 pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap di Malaysia

1) Geng 04 - Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur 

2) Geng 08 - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3) Double 7 - seluruh Semenanjung Malaysia

4) Tiga Line - Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5) Geng 30 - seluruh Semenanjung Malaysia

6) Geng 38 - Kepong, Jinjang, Setapak dan Johor Bahru

7) Geng 24 - Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8) Geng 18 - Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9) Geng 36 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10) Geng 21 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11) Ang Soon Thong - Kuala Lumpur dan Selangor

12) Wah Kee - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Selangor

13) Sio Sam Ong - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan selangor

14) PNEH - Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15) Hong Hong San - Kuala Lumpur

16) Hai San - Perak

17) Sin Ang Bin - Kuala Lumpur

18) New Cell 20 - Perak

19) Jit It Hai - Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20) Sio Koon Tong - Johor

21) Gee Lam Kor - Kuala Lumpur

22) Gee Ah Eng - Kuala Lumpur

23) Loh Kuan - Kuala Lumpur

24) Tiang Yee Tong - Kuala Lumpur

25) Geng Leng Hor - Kuala Lumpur

26) Geng 35 - Kedah dan Pulau Pinang

27) Geng 303 - Selangor

28) Geng Satu Hati - Lembah Kelang, utara dan selatan tanah air

29) ATAP - Kota Kinabalu, Sabah

30) Hung Ann - Tawau, Sabah

31) Sui Yup - Penampang, Sabah

32) Otai - Kota Kinabalu, Sabah

33) Borneo Red EMP - Petagas dan Jumbo, Sabah

34) Ah Ngau - Kuching, Sarawak

35) Batu Tiga - Kuching, Sarawak

36) Ah Feng - Kuching, Sarawak

37) Batu 10 - Kuching, Sarawak

38) Sibu Ti - Kuching, Sarawak

39) Ah Seng - Sarekei, Sarawak

40) Ah Chin - Kuching, Sarawak

41) Lee Lung - Sibu, Sarawak

42) Lo Han - Kuching, Sarawak

43) Sg Merah - Sibu, Sarawak

44) Sg Badut - Sibu, Sarawak

45) Ting Ching Lee - Bintulu, Sarawak

46) Tua Cak Lee - Miri, Sarawak

47) Teksi Station - Miri, Sarawak

48) Pintu Merah - Miri, Sarawak

49) Krokop - Miri, Sarawak