Tuesday, 11 March 2014

PENGUNDI KAJANG MAHU WAKIL RAKYAT BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT BUKANNYA BERKHIDMAT UNTUK SUAMI


KUALA LUMPUR, 10 Mac – Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dijadikan ‘umpan’ oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menagih simpati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhee.

“Wan Azizah adalah umpan Anwar, ini bermakna jika pembangkang menang, Wan Azizah hanya akan berkhidmat kepada suaminya, bukan kepada pengundi di DUN Kajang, inilah politik kepentingan anak beranak,” tegasnya.

Katanya, tindakan menamakan Wan Azizah sebagai calon DUN  Kajang dibuat setelah Anwar hilang kelayakan untuk bertanding  apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

wan-azizah-ganti-anwar-ibrahim-penjara-kes-mahkamah-salah-liwat-kajang-lim-kit-siang

“Untuk menagih simpati pengundi kononnya Anwar menjadi mangsa politik, maka beliau memilih Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN  Kajang,” katanya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.

Katanya,  tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR Selangor kerana ada di kalangan mereka lebih berkelayakan daripada Wan Azizah.

Malah jelas beliau, sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution disebut-sebut sebagai calon PKR di DUN Kajang menggantikan Anwar.

Pemilihan Wan Azizah sebagai calon pembangkang pada PRK DUN Kajang diumumkan oleh Anwar di Bilik Gerakan PRK Kajang Batu 12, Kajang semalam.

Presiden PKR itu bakal ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA,  Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menawarka diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN  Kajang difahamkan telah menarik diri.

Menurut Syed Ali lagi, pemilihan presiden boneka PKR itu juga bertujuan mengukuhkan penguasaan keluarga Anwar dalam politik yang sebelum ini anaknya, Nurul Izzaah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menyifatkan PKR sebagai parti anak-beranak, Syed Ali menyelar Anwar kerana menjadikan PRK DUN Kajuang perjuangan agenda peribadi.

Kata beliau, PRK DUN  Kajang merupakan proses pemilihan semula wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk setempat setelah wakil rakyat sebelum ini  mengkhianati mandat pengundi.

“Meletakkan Wan Azizah di DUN Kajang tidak memberi sebarang makna kepada pengundi kerana Wan Aziah sekadar pak turut dan jurucakap kepada Anwar,” tegasnya.

Pemimpin jenis itu tambah beliau, tidak layak untuk diberikan mandat sebagai wakil rakyat.

Beliau kesal kerana Wan Azziah berterusan kekal sebagai tunggul kepada Anwar dan tidak berani untuk membuat sebarang keputusan sejajar dengan kedudukannya sebagai presiden PKR.

“Jika Anwar dan Wan Azizah jujur dan tidak mempunyai kepentingan peribadi, sepatutnya pemimpin PKR Selangor yang ditonjolkan sebagai calon di DUN Kajang,” ujarnya.

Menurut beliau, tindakan Anwar menamakan isterinya bertanding juga memberikan gambaran bahawa tidak ada pemimpin PKR Selangor yang berkelayakan untuk diberi peluang bertanding di DUN Kajang.

Oleh sebab katanya, Anwar  sanggup mengumpan Wan Azizah sebagai calon PKR menggantikan beliau bertanding di DUN Kajang bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat.

Tambah beliau, proses pilihan raya termasuk pilihan raya kecil bukan satu acara sekadar untuk berseronok-seronok atau bersukaria.

“Pilihan raya merupakan proses pemilihan wakil rakyat yang benar-benar berwibawa dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi yang diwakili menerusi pengundian,” katanya.

Beliau kesal kerana Anwar dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sanggup mengetepikan kepentingan rakyat terutama di DUN Kajang.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi di DUN Kajang supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih wakil rakyat yang mampu membawa kesejahteraan kepada mereka.

“Jangan terpedaya dengan pembangkang kerana mereka bertanding kerana agenda politik peribadi,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali membidas Anwar kerana menyalahkan sistem penghakiman di negara ini berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuan 5 tahun penjara terhadap beliau.

“Bukan perkara pelik, kerana sewktu dia dibebaskan, dia kata undang-undang adil, tetapi sekarang salahkan pula mahkamah, inilah Anwar pemimpin politik yang suka cakap putar belit,” tegasnya.

Menurut beliau, keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan agenda politik mana-mana pihak sepertimana dakwaan pembangkang  keputusan tersebut sebagai cubaan menghalang pengaruh Anwar.

“Kes itu membabitkan dia dengan Saiful, soal nak halang pengaruh Anwar tidak timbul kerana Anwar sebenarnya sudah hilang pengaruh.

Katanya, pihak pembangkang akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat kononnya Anwar tidak bersalah.

SIAPA SEBENARNYA CALON KAMBING HITAM?


Siapa Sebenarnya Calon Kambing Hitam?
Posted: 10 Mar 2014 05:34 AM PDT
KUALA LUMPUR 10 Mac – Siapa calon kambing hitam yang sebenarnya… Jika sebelum ini calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun kononnya dianggap calon kambing hitam oleh pemimpin PKR, hari ini nampaknya kata-kata tersebut terpalit ke muka calon mereka sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mana tidaknya…. Mereka melihat Presiden PKR itu akan menemui nasib yang sama seperti peristiwa pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan itulah yang bakal berlaku di Kajang kelak.

wan-azizah-kambing-hitam-bukan-chew-mei-fun

Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata jika para pengundi memberikan kemenangan kepada Wan Azizah itulah senario yang boleh dijangkakan dan sudah terang lagi bersuluh sekali lagi pengundi Kajang akan menjadi mainan politik parti anak beranak berkenaan.

Menurut beliau Permatang Pauh boleh menjadi saksi kepada politik berkenaan dan atas dasar itu pengundi Kajang seharusnya berfikir dengan matang dan bijak sebelum membuat sebarang keputusan kelak.

"Datanglah ke Permatang Pauh..Sepanjang perkhidmatan kedua-dua pemimpin tersebut baik Anwar mahu pun Azizah, tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan apatah lagi dalam membantu rakyat disaat mereka diperlukan.

"Dengan kata lainnya kedua-dua pemimpin tersebut sama sahaja. baik si isteri yang menjadi Ahli Parlimen buat seketika dan begitulah suaminya. Apakah wakil rakyat seperti ini yang pengundi Kajang mahuka?” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pengundi Kajang akan membuat satu kesilapan besar jika Wan Azizah menjadi pilihan mereka kerana segala-galanya telah dapat dilihat di Permatang Pauh.

"Sekadar calon pelengkap tidak ada maknanya…Pegang jawatan lepas tu letak balik tidak ada manfaatnya. Itulah kesimpulan yang kita dapat buat. Apa pun janganlah jadikan Kajang sebagai Permatang Pauh kedua," ujar beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini.

Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.

Wan Azizah sebelum ini melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding. -MediaUMNO