Tuesday, 11 March 2014

SIAPA SEBENARNYA CALON KAMBING HITAM?


Siapa Sebenarnya Calon Kambing Hitam?
Posted: 10 Mar 2014 05:34 AM PDT
KUALA LUMPUR 10 Mac – Siapa calon kambing hitam yang sebenarnya… Jika sebelum ini calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun kononnya dianggap calon kambing hitam oleh pemimpin PKR, hari ini nampaknya kata-kata tersebut terpalit ke muka calon mereka sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mana tidaknya…. Mereka melihat Presiden PKR itu akan menemui nasib yang sama seperti peristiwa pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan itulah yang bakal berlaku di Kajang kelak.

wan-azizah-kambing-hitam-bukan-chew-mei-fun

Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata jika para pengundi memberikan kemenangan kepada Wan Azizah itulah senario yang boleh dijangkakan dan sudah terang lagi bersuluh sekali lagi pengundi Kajang akan menjadi mainan politik parti anak beranak berkenaan.

Menurut beliau Permatang Pauh boleh menjadi saksi kepada politik berkenaan dan atas dasar itu pengundi Kajang seharusnya berfikir dengan matang dan bijak sebelum membuat sebarang keputusan kelak.

"Datanglah ke Permatang Pauh..Sepanjang perkhidmatan kedua-dua pemimpin tersebut baik Anwar mahu pun Azizah, tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan apatah lagi dalam membantu rakyat disaat mereka diperlukan.

"Dengan kata lainnya kedua-dua pemimpin tersebut sama sahaja. baik si isteri yang menjadi Ahli Parlimen buat seketika dan begitulah suaminya. Apakah wakil rakyat seperti ini yang pengundi Kajang mahuka?” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pengundi Kajang akan membuat satu kesilapan besar jika Wan Azizah menjadi pilihan mereka kerana segala-galanya telah dapat dilihat di Permatang Pauh.

"Sekadar calon pelengkap tidak ada maknanya…Pegang jawatan lepas tu letak balik tidak ada manfaatnya. Itulah kesimpulan yang kita dapat buat. Apa pun janganlah jadikan Kajang sebagai Permatang Pauh kedua," ujar beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini.

Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.

Wan Azizah sebelum ini melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment