Tuesday, 11 March 2014

PENGUNDI KAJANG MAHU WAKIL RAKYAT BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT BUKANNYA BERKHIDMAT UNTUK SUAMI


KUALA LUMPUR, 10 Mac – Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dijadikan ‘umpan’ oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menagih simpati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhee.

“Wan Azizah adalah umpan Anwar, ini bermakna jika pembangkang menang, Wan Azizah hanya akan berkhidmat kepada suaminya, bukan kepada pengundi di DUN Kajang, inilah politik kepentingan anak beranak,” tegasnya.

Katanya, tindakan menamakan Wan Azizah sebagai calon DUN  Kajang dibuat setelah Anwar hilang kelayakan untuk bertanding  apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

wan-azizah-ganti-anwar-ibrahim-penjara-kes-mahkamah-salah-liwat-kajang-lim-kit-siang

“Untuk menagih simpati pengundi kononnya Anwar menjadi mangsa politik, maka beliau memilih Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN  Kajang,” katanya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.

Katanya,  tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR Selangor kerana ada di kalangan mereka lebih berkelayakan daripada Wan Azizah.

Malah jelas beliau, sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution disebut-sebut sebagai calon PKR di DUN Kajang menggantikan Anwar.

Pemilihan Wan Azizah sebagai calon pembangkang pada PRK DUN Kajang diumumkan oleh Anwar di Bilik Gerakan PRK Kajang Batu 12, Kajang semalam.

Presiden PKR itu bakal ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA,  Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menawarka diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN  Kajang difahamkan telah menarik diri.

Menurut Syed Ali lagi, pemilihan presiden boneka PKR itu juga bertujuan mengukuhkan penguasaan keluarga Anwar dalam politik yang sebelum ini anaknya, Nurul Izzaah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menyifatkan PKR sebagai parti anak-beranak, Syed Ali menyelar Anwar kerana menjadikan PRK DUN Kajuang perjuangan agenda peribadi.

Kata beliau, PRK DUN  Kajang merupakan proses pemilihan semula wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk setempat setelah wakil rakyat sebelum ini  mengkhianati mandat pengundi.

“Meletakkan Wan Azizah di DUN Kajang tidak memberi sebarang makna kepada pengundi kerana Wan Aziah sekadar pak turut dan jurucakap kepada Anwar,” tegasnya.

Pemimpin jenis itu tambah beliau, tidak layak untuk diberikan mandat sebagai wakil rakyat.

Beliau kesal kerana Wan Azziah berterusan kekal sebagai tunggul kepada Anwar dan tidak berani untuk membuat sebarang keputusan sejajar dengan kedudukannya sebagai presiden PKR.

“Jika Anwar dan Wan Azizah jujur dan tidak mempunyai kepentingan peribadi, sepatutnya pemimpin PKR Selangor yang ditonjolkan sebagai calon di DUN Kajang,” ujarnya.

Menurut beliau, tindakan Anwar menamakan isterinya bertanding juga memberikan gambaran bahawa tidak ada pemimpin PKR Selangor yang berkelayakan untuk diberi peluang bertanding di DUN Kajang.

Oleh sebab katanya, Anwar  sanggup mengumpan Wan Azizah sebagai calon PKR menggantikan beliau bertanding di DUN Kajang bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat.

Tambah beliau, proses pilihan raya termasuk pilihan raya kecil bukan satu acara sekadar untuk berseronok-seronok atau bersukaria.

“Pilihan raya merupakan proses pemilihan wakil rakyat yang benar-benar berwibawa dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi yang diwakili menerusi pengundian,” katanya.

Beliau kesal kerana Anwar dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sanggup mengetepikan kepentingan rakyat terutama di DUN Kajang.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi di DUN Kajang supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih wakil rakyat yang mampu membawa kesejahteraan kepada mereka.

“Jangan terpedaya dengan pembangkang kerana mereka bertanding kerana agenda politik peribadi,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali membidas Anwar kerana menyalahkan sistem penghakiman di negara ini berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuan 5 tahun penjara terhadap beliau.

“Bukan perkara pelik, kerana sewktu dia dibebaskan, dia kata undang-undang adil, tetapi sekarang salahkan pula mahkamah, inilah Anwar pemimpin politik yang suka cakap putar belit,” tegasnya.

Menurut beliau, keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan agenda politik mana-mana pihak sepertimana dakwaan pembangkang  keputusan tersebut sebagai cubaan menghalang pengaruh Anwar.

“Kes itu membabitkan dia dengan Saiful, soal nak halang pengaruh Anwar tidak timbul kerana Anwar sebenarnya sudah hilang pengaruh.

Katanya, pihak pembangkang akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat kononnya Anwar tidak bersalah.

SIAPA SEBENARNYA CALON KAMBING HITAM?


Siapa Sebenarnya Calon Kambing Hitam?
Posted: 10 Mar 2014 05:34 AM PDT
KUALA LUMPUR 10 Mac – Siapa calon kambing hitam yang sebenarnya… Jika sebelum ini calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun kononnya dianggap calon kambing hitam oleh pemimpin PKR, hari ini nampaknya kata-kata tersebut terpalit ke muka calon mereka sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mana tidaknya…. Mereka melihat Presiden PKR itu akan menemui nasib yang sama seperti peristiwa pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan itulah yang bakal berlaku di Kajang kelak.

wan-azizah-kambing-hitam-bukan-chew-mei-fun

Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata jika para pengundi memberikan kemenangan kepada Wan Azizah itulah senario yang boleh dijangkakan dan sudah terang lagi bersuluh sekali lagi pengundi Kajang akan menjadi mainan politik parti anak beranak berkenaan.

Menurut beliau Permatang Pauh boleh menjadi saksi kepada politik berkenaan dan atas dasar itu pengundi Kajang seharusnya berfikir dengan matang dan bijak sebelum membuat sebarang keputusan kelak.

"Datanglah ke Permatang Pauh..Sepanjang perkhidmatan kedua-dua pemimpin tersebut baik Anwar mahu pun Azizah, tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan apatah lagi dalam membantu rakyat disaat mereka diperlukan.

"Dengan kata lainnya kedua-dua pemimpin tersebut sama sahaja. baik si isteri yang menjadi Ahli Parlimen buat seketika dan begitulah suaminya. Apakah wakil rakyat seperti ini yang pengundi Kajang mahuka?” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pengundi Kajang akan membuat satu kesilapan besar jika Wan Azizah menjadi pilihan mereka kerana segala-galanya telah dapat dilihat di Permatang Pauh.

"Sekadar calon pelengkap tidak ada maknanya…Pegang jawatan lepas tu letak balik tidak ada manfaatnya. Itulah kesimpulan yang kita dapat buat. Apa pun janganlah jadikan Kajang sebagai Permatang Pauh kedua," ujar beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini.

Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.

Wan Azizah sebelum ini melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding. -MediaUMNO

Wednesday, 11 September 2013

PEMIMPIN YANG BAIK

Pemimpin adalah seseorang individu yang telah dilantik untuk menjalankan amanah atau tanggungjawab yang diserahkan kepada beliau. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Rakyat didahulukan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

Akhir-akhir ini, terdapat pemimpin yang mementingkan kebendaan, wang dan tidak memperdulikan rakyat. Akibatnya rakyat mula memberontak, hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka. Janji-janji yang ditaburkan ibarat mencurah air ke daun keladi. Semuanya dusta belaka. Adakah ini pemimpin yang kita mahu. Amalan diktatorship, tidak mahu mendengar pandangan semua pihak adalah perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. 

Jika ditujuk kepada laman sesawang Forbes, Top 10 Qualities That Make A Great Leader, menggariskan 10 faktor yang menjurus kearah menjadi seseorang pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik, bagus dan pakar dalam strategik adalah individu yang paling disanjung. Kepintaran, kepantasan dalam menyelesaikan satu masalah membantu kredibiliti seseorang pemimpin dalam membentuk sahsiah ruap diri, integriti dan fleksibel dalam apa jua keadaan.

10 faktor yang digariskan adalah seperti berikut:

a. Honesty.
b. Ability to delegate.
c. Communication.
d. Sense of humour.
e. Confidence.
f. Commitment.
g. Positive Attitude.
h. Creativity.
i. Intuition.
j. Ability to inspire.

Kalau dihuraikan memang panjang, memadai untuk renungan semua. Jangan jadi pemimpin yang terlalu mementingkan diri dan tidak mengambil tahu hal serta masalah orang lain. Jadi fikir-fikirkanlah mana yang terbaik. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengambil tahu masalah rakyat, berintegriti, tidak pilih kasih, bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pendapat orang lain. 

Tuesday, 3 September 2013

A. SAMAD SAID LAYAK DILUCUT GELARAN SASTERAWAN!!!

 Kesian MyMassa tengok A. Samad Said. Satu sosok yang patutnya semakin matang di akhir usia. Sebaliknya akalnya makin pendek, mudah dibodohkan seperti kerbau dicucuk hidung.

Bila tengok kebodohan A. Samad Said bersama bendera puaka, terdetik dalam benak fikiran, mengapa perlu mengibarkan bendera itu lagi? Tidakkah A.Samad Said tahu bahawa negara ini bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau MALAYA tetapi sebuah negara bernama MALAYSIA hasil gabungan Semenanjung dan Sabah serta Sawarak.

Tindakan A.Samad Said dengan golongan anak muda yang tak habis belajar mengibarkan bendera yang kononnya bernama Sang Saka Malaya jelas menunjukkan satu penghinaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Jika benar Sang Saka Malaya merupakan bendera asal Malaysia yang perakui oleh Pakatan Rakyat, mengapa ianya tidak dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Kenapa kerajaan negeri Selangor masih mengibarkan Jalur Gemilang?
 
Lagi 14 hari lagi Malaysia akan menyambut HARI MALAYSIA sempena kemasukan Sabah dan Sarawak. MyMassa ingin tengok berani tak geng sasterawan dan anak muda buta sejarah ini mengibarkan bendera Sang Saka Malaya atau tidak. Kalau mereka benar-benar jantan, cuba kibarkan bendera merah putih tersebut di Sabah atau Sarawak.

*Kesian Pak Samad. Umur dah 78 tahun. Baru sekarang nak perjuangkan bendera puakanya. Kalau dia di pihak yang benar, kenapa tak perjuangkan puluhan tahun yang lepas, kenapa baru sekarang?


SUMBER: MYMASSA

Sunday, 1 September 2013

BLOGGER MACAI PEMBANGKANG LEBIH EMOSI DARI FAKTA


Sebelum PRU13 (iaitu semenjak tahun 1998 lagi) pemimpin-pemimpin politik dan penyokong parti politik BN, PAS, DAP dan PKR yang kemudiannya menjadi PR dan blogger-blogger politik giat menggunakan laman blog, media sosial, Facebook, Youtube dll bahan melalui Internet dan IT untuk menyuarakan dan menyampaikan pendapat, pandangan, sokongan, kemarahan, sindiran atau bantahban masing-masing. 

Ada yang menyentuh isu-isu yang sensitif seperti isu bangsa, kaum dan bahasa, isu agama dan budaya, isu pentadbiran dan pengurusan Kerjaaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, isu jenayah, rasuah, kebabasan, hak asasi manusia, sistem keadilan undang-undang (justice system), isu pendatang haram dll lagi. 

Ada mereka yang menulis dan memberi pendapat,pandangan dan komen mengikut fakta yang betul. Ada yang memberi komen secara “constructive critism” atau memberi pandangan dan komen untuk membena masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik, maju dan berjaya. Tetapi ramai juga yang menulis dan memberi komen mengikut perasaan – perasaan marah dan benci terhadap seseorang, sesuatu kaum, bangsa dan agama. 

Ada yang membuat tuduhan liar dan menfitnah tanpa asas dan bukti seperti menuduh SPR, Kerajaan BN, Polis, SPRM dll jabatan dan agensi Kerajaan. Selepas PRU 13 maka saya percaya ramai bloggers dan penyokong-penyokong parti politik terutama penyokong DAP, PAS dan PKR dan penyokong BERSIH bahawa cara menfitnah, melontar tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan tidak berasas meletihkan dan membosankan dan membuang masa.

Maka sebab itulah, saya percaya “Blog Politik Malaysia Semakin Suram”. Walaubagaimana pun bloggers pro UMNO dan BN perlu meneruskan perjuangan parti melalui blog dan sosial media dengan menulis dan menyampaikan pendapat, pandangan dan cerita-cerita serta fakta yang boleh membantu dalam usaha “Membena Negara” atau “NATION BUILDING” sebagai rakyat dari sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka semenjak tahun 1957 – bebas dari pengaruh penjajahan – pandai dan bijak mentadbir dan mengurus negara tanpa penyewelengan dan RASUAH, Bersih, Cekap dan Beramanah. 

Merdeka! (7 kali), Bersekutu Bertambah Mutu! Satu Bangsa Satu Bahasa! Malaysia Boleh!

1Malaysia!

GAYUNG PERANG VAT69 BUAT ORANG RAMAI SEBAK

Anggota Komando VAT 69 yang bertugas di Lahat Datu turut menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASAHARI

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Suasana sebak menyelubungi Dataran Merdeka di sini hari ini ketika anggota pasukan komando polis dan tentera membuat persembahan termasuk dalam acara gayung perang war chant oleh VAT 69 pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56


Sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan pentas utama menempatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persembahan pasukan komando mendapat tepukan serta sorakan daripada ratusan ribu pengunjung yang hadir.


Sebak....

Mana tidaknya, semua pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam persembahan itu turut terlibat dalam Op Daulat semasa mempertahankan negara daripada penceroban pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lalu.

Insiden berdarah itu yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang menyayat hati semua hadirin termasuk Raja Permaisuri Agong lebih-lebih lagi apabila layar yang ada memaparkan wajah balu anggota yang terkorban.

Penghormatan juga diberi kepada kontinjen Op Daulat yang hadir seramai 400 angota pelbagai pangkat terdiri daripada 250 dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 50 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 100 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewakili 8,000 anggota yang terlibat.

Malah, sambutan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya mempamerkan aset keselamatan terbanyak iaitu hampir 300 membabitkan milik ATM, PDRM, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Penjara.



POLIS SEDIA SIASAT INDIVIDU KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA

alt
Dah terang lagi bersuluh..... tangkap aje Hishamudin PSYCHO Rais nih...


HULU KELANG, 2 Sept - Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka 
Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

"Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.



Beliau menegaskan,  soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara.

Katanya, tindakan sedemikian tidak sewajarnya berlaku apatah lagi menggantikan Jalur Gemilang dengan bendera lain.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

Beliau mengulas tindakan beberapa penyokong pembangkang yang bertindak mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' di Dataran Merdera pada malam 30 Ogos lalu.

Hishammuddin Rais yang mengetuai perhimpunan itu berkata, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.